
Memaparkan trend dan tips kecantikan terkini dalam dan luar negara.

Menampilkan seleksi, inspirasi fesyen dan stail semasa.

Paparan isu kehidupan, kembara, kesihatan, hubungan, cinta dan seks.

Sorotan kisah selebriti, muzik, filem dan teater.

Mengenengahkan figura dan sosok berpengaruh daripada pelbagai lapangan.

Kupasan isu-isu semasa, berita terkini dan cerita viral.

EDITOR-IN-CHIEF
Berkelulusan dari UiTM, beliau memulakan langkah dalam industri media pada tahun 2006 sebagai Penulis Kecantikan di majalah EH! sebelum mengukuhkan reputasinya sebagai Editor Kecantikan di majalah InTrend selama lebih sedekad.
Komitmen jitu dan impak beliau dalam landskap kewartawanan terbukti apabila merangkul anugerah berprestij Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI 2018 bagi kategori Laporan Portal Berita Terbaik. Portfolio dinamik beliau turut merangkumi dunia penulisan kreatif dan digital, termasuk peranan sebagai Penerbit Kandungan untuk platform RiaX (Astro), serta pencalonan Top 5 Penulis Skrip Terbaik di Anugerah Skrin TV3.
Kini, beliau aktif meminjamkan kepakaran seni katanya sebagai Penulis Bebas dan Copywriter Korporat untuk pelbagai media cetak elit serta jenama korporat terkemuka.

MANAGING EDITOR
Lulusan Komunikasi Massa (Penerbitan) dari UiTM Shah Alam ini memulakan langkah dalam arena penulisan pada tahun 2008. Walau tidak pernah menduga akan berkecimpung dalam dunia media, beliau akhirnya mengabdikan kepakaran dan membina kerjaya cemerlang di majalah InTrend (edisi cetak dan digital) selama 12 tahun.
Di platform itulah bakat kurniaan beliau terus digilap dan diasah sehingga meletakkan tanda aras tersendiri. Detik paling manis dalam kerjayanya terpahat apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang kategori Laporan Portal Berita Terbaik di anugerah berprestij Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2017.
Mengikuti evolusi media semasa, beliau terus memanfaatkan kepakaran dalam penghasilan konten dalam talian dan penulisan digital dengan menimba pengalaman sebagai Penerbit Kandungan untuk platform digital RiaX serta Salam Muslim.
Get 10% off your first purchase when you sign up for our newsletter!
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.